Kata orang, jodoh kita ni ada iras-iras muka kita. Itu kata orang, bukan kata Sarah Adrian. Baginya, jodoh itu adalah pelengkap bagi kita. Kebiasaannya, jika kita kurus, dia gemuk. Jika kita rendah, dia tinggi.
Selepas 15 tahun berpisah, akhirnya Sarah bertemu semula dengan bekas rakan sekelasnya, Hafiz Daniel. Kata orang, kisahnya itu seperti kisah novel, tetapi kata Sarah, dalam novel je ada lelaki kaya umur 25 tahun dah jadi CEO. Pakai Peugeot, Volkswagen, kenyit mata sahaja datang 10 perempuan berbaris. Kahwin paksa? Oh, itu antara benda cliche dalam novel. Gaduh-gaduh, tak suka, kau buat hal kau, aku buat hal aku, entah bila jatuh cinta, bahagia. Semuanya Perfect 10! Anak Tan Sri, Dato' , Tengku.
"Hello, kau fikir kita tengah buat drama Melayu apa? Kau langgar aku, ajak kahwin, setel masalah kau, gaduh-gaduh, bahagia?" - Sarah Adrian.
"Aku tak fahamlah kenapa dalam berjuta manusia dalam Malaysia ni, kenapa mesti aku ditakdirkan berjumpa dengan kau semula? Ergh , I'm going crazy." - Hafiz Daniel.
"Rilek sudah. Benda dah berlaku. Bukan dia tu dulu member kau jugak ke?" - Adam Harith.